Pernahkah anda rasainya?
- Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak sedar betapa cepatnya masa berlalu!
- Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita rasa terhibur dan cukup seronok melakukannya!
- Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak akan merasa bosan melakukannya!
- Apabila seseorang bertanya tentang perkara mengenai minat kita, kita akan mendapat sejenis tenaga dan dengan penuh keghairahan menjawab soalan-soalan yang ditanya!
- Apabila seseorang mengutuk atau mengeji perkara yang kita minat dan ghairah, kita akan rasa marah dan kita akan mempertahankannya bermati-matian!
- Apabila kita ghairahkan perkara itu, sebelum tidur kita ingat, bangun tidur pun kita akan terus ingatkannya.
- Apabila kita pergi kemana sahaja, perkara yang kita ghairahkan itulah yang kita asyik nampak di mana-mana sahaja.
- Apabila bertemu dengan orang yang mempunyai minat keghairahan yang sama, kita akan menjadi amat teruja berbual dengannya!
- Apabila kita berada di dalam kesedihan, hanya dengan melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita boleh menjadi amat gembira serta merta dan hilang rasa sedih dan kecewa.
- Apabila kita berpeluang merealisasikan minat kita yang sekian lama kita ghairahkan, kita terasa bagaikan satu impian besar sudah tercapai.
Sering saya nasihatkan pelajar-pelajar universiti dan lepasan universiti untuk memulakan karier dalam bidang yang mereka minat. Atau lebih baik lagi, menjadikan perniagaan yang mereka minat sebagai karier pilihan.
Ada juga yang melakukan kerja yang mereka tidak minat, tetapi terpaksa. Apa pula nasihat saya?
Tidak seperti kebanyakan nasihat di luar sana, yang menagatakan “Jangan memilih kerja”, nasihat saya pastinya berbunyi “Pilih kerja dengan tepat!” lakukan sesuatu yang didalam ruang minat kita sendiri.
Apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak memilih kerja dan “dipaksa” melakukan kerja yang kita tidak minat, kita sendiri akan terperangkap dalam keadaan tersebut untuk bertahun-tahun yang akan datang. Ini akan membuatkan kita berduka dan semangat kita akan mudah patah dan akhirnya berputus asa.
Terutamanya bagi muda-mudi, masih terdapat banyak ruang dan masa untuk memastikan karier yang dipilih adalah mengikut minat. Sekiranya terperangkap dalam karier yang kita tidak minat, bahangnya akan terasa bertahun-tahun yang akan datang.
Mungkin 3 tahun, mungkin 5 tahun… atau mungkin 10 tahun akan datang dan dalam keadaan itu, akan terasa pula perasaan ‘rugi’ kalau berhenti dan melakukan sesuatu yang lain.
Apa yang kita tidak mahu terjadi adalah apa yang bakal berlaku dalam tahun-tahun yang akan datang. Pastinya kita tidak mahu diri kita terperangkap dalam keadaan kita siang dan malam melakukan sesuatu yang kita tidak minat!
“Kita tidak mahu terperangkap melakukan sesuatu yang kita tidak minat seumur hidup!”
Ketika saya mengendalikan program radio saya menemubual usahawan-usahawan yang berjaya, saya pasti mendapat jawapan yang panjang lebar apabila saya bertanya satu soalan yang pendek. Adakalanya, satu soalan pendek yang ditanya seperti
“Mengapa anda memilih industri pengangkutan sebagai perniagaan?”, jawapan yang diberi tetamu sehingga memakan masa 10 minit! Menandakan betapa ghairahnya tetamu saya tersebut dalam bidang perniagaan pengangkutan.
Sememangnya tiada jalan lain, untuk mencapai kejayaan dalam kewangan dan juga kebahagiaan hidup, kita mesti melakukan apa yang kita minat dan ghairah. Ada juga yang melakukan apa yang mereka tidak minat, tapi masih lagi memperolehi pendapatan yang lumayan. Tetapi, persoalannya adalah, adakah mereka bahagia dan seronok kerana terpaksa melakukan perkara yang tidak minat? Maka, kewangan berjaya, tetapi, kebahagiaan gagal.
Semoga, kita tidak terperangkap dalam melakukan sesuatu yang kita tidak minat untuk seumur hidup kita. Lakukan keghairahan kita. Jadi usahawan yang ghairah. Jadilah jutawan ghairah!
Pendapat Anda? No Comments
Mon 27 Oct 2014
Sering kali kita dinasihatkan untuk lakukan apa yang kita minat. Lakukan apa yang kita ghairah (passion)! Tetapi, mengapa? Mengapa kita perlu lakukan apa yang kita minat? Mengapa kita perlu lakukan karier yang kita sangat-sangat minat?
Apa kata kita lihat dari sudut lain pula. Mengapa pula kita hendak lakukan sesuatu yang kita tidak minat?
Dalam mencapai kekayaan dan kebahagian dalam hidup, ianya amat penting untuk kita lakukan apa yang kita minat. Mulakan perniagaan yang kita mempunyai keghairahan dalam bidang tersebut.
Untuk berjaya dengan cemerlang, jarang sekali kita akan jumpa seseorang yang melakukan apa yang mereka tidak minat. Pastinya usahawan jutawan yang kita kenali, semua mempunyai keghairahan dalam perniagaan masing masing.
Teringat saya kisah Bill Gates, salah seorang manusia paling kaya di dunia pernah berkata bahawa: “Kalau saya tidak mendapat walaupun satu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komputer!”. Menunjukkan betapa ghairahnya Bill Gates dalam bidang mencipta perisian komputer.
“Kalau saya tidak mendapat walaupun satu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komputer!”. – Bill Gates
Kemudian, kita boleh lihat pengasas Dell Computers pula, Michael Dell yang menjadi bllionaire pada umur 30-an. Dell pernah menceritakan bahawa “Ketika saya di sekolah menengah, saya membina komputer untuk rakan-rakan secara percuma. Kerana membina komputer adalah minat saya!”. Tidak dapat di nafikan lagi, keghairahan dan minat Michael Dell juga membawanya kepada status billionaireseperti Bill Gates.
Dan, pastinya semua mengenali Donald Trump, yang sememangnya mempunyai minat dan keghairahan pada bangunan-bangunan indah sejak kecil lagi. Kini, menjadi tycoonhartanah dengan berbagai-bagai bangunan mewah serata dunia dalam portfolionya!
Lihatlah bagaimana billionaires dunia ini melakukan apa yang menjadi minat mereka yang mendalam, melakukan sesuatu yang membuatkan mereka merasa ghairah melakukannya.
Itulah juga langkah-langkah untuk menjadi Jutawan, kita harus mempunyai keghairahan di dalam apa yang kita usahakan. Di sini saya senaraikan 10 tip langkah jutawan ghairah untuk anda perhatikan dan lihat jika ianya pernah anda rasai di dalam hidup anda.
Pendapat Anda? No Comments
Tue 21 Oct 2014
MEDIA SOSIAL – Promosi & Pemasaran (Bahagian 1)
Posted by Irfan Khairi under Perniagaan Internet , Tip Perniagaan1 Comment
Cara terbaik untuk membina jenama perniagaan di Internet adalah dengan berkongsikan informasi mengenai perniagaan yang dijalankan. Contoh, sekiranya menjual tudung, anda boleh menunjukkan cara-cara berfesyen tudung dengan lebih profesional, kreatif dan menawan di laman facebook. Anda juga boleh menggunakanYoutube untuk memaparkan artis-artis yang bertudung dan fesyen yang diperagakan. Tak lupa juga dengan menulis artikel di blog mengenai fesyen dan rekacipta tudung.
Dengan berkongsikan informasi sebegini, kepercayaan dan kredibiliti anda sebagai usahawan tudung dapat ditingkatkan, dan jenama perniagaan akan sering diingati.
Ada juga usahawan yang menggunakan kreativiti dalam menggalakkan interaksi di laman sosial, seperti memberi pengetahuan melalui soalan trivia, mengendalikan pertandingan ataupun menjalankan undian di laman sosial. Interaktif sebegini, kini mudah untuk dijalankan dan seringkali mendapat sambutan yang baik. Cara pemasaran sebegini dikenali sebagai soft-sell.
Zaman ini, soft-sell adalah lebih efektif daripada hard-sell. Soft-sell di Internet memperkasakan informasi kepada pengguna dan hanya melakukan promosi sekali-sekala sahaja. Hard-sell adalah lebih kepada promosi perniagaan secara terus kepada pengguna.
Seperti yang disebutkan, oleh kerana persaingan adalah amat tinggi tak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan, dan ramai menggunakan pendekatan hard-sell di sini, usahawan yang berusaha lebih membina jenama melalui soft-sell akan mendapat habuan pelanggan yang lebih ramai.
Revolusi perniagaan Internet telah mengubah persada perniagaan. Dengan perisian seperti laman web sosial yang kebanyakannya percuma, bererti usahawan kini perlu lebih mengambil tahu dan menguasai cara pemasaran alaf baru web 2.0 ini. Mereka yang tidak mengambil endah perkembangan pemasaran di Internet, akan ketinggalan dalam perniagaan tidak lama lagi. Jangan biarkan ini terjadi kepada perniagaan anda!
Pendapat Anda? 1 Comment
Mon 20 Oct 2014
Kesalahan UTAMA perniagaan Internet!
Posted by Irfan Khairi under Perniagaan Internet , Tip Perniagaan[5] Comments
Ketika saya memulakan perniagaan Internet lebih kurang 12 tahun lalu, zaman itu dikenali sebagai web 1.0. Web 1.0 adalah laman web statik, yang mungkin mengandungi gambar-gambar sahaja. Kini, Internet dikenali sebagai web 2.0, yang merupakan laman web interaktif – di mana pemilik laman boleh mengemaskini laman dengan mudah dan pelawat laman web juga boleh melakukan interaksi di sesuatu laman web.
Contoh-contoh laman web, web 2.0 yang popular adalah seperti blog, facebook, twitter, youtube, myspace dan friendster. Atau lebih dikenali sebagai social networking.
Kini, usahawan Internet, mahupun usahawan konvensional tidak boleh lagi mengabaikan kehadiran laman-laman sosial ini. Tengok sahaja syarikat gergasi sepertiToys R Us, mereka mempunyai saluran YouTube. Lihat sahaja Coca-cola, mereka mempunyai berjuta pengikut di laman Facebook mereka. Dan kini, berbagai-bagai perniagaan menggunakan blog sebagai wadah untuk mengemaskini maklumat kepada pelanggan dan juga bakal-bakal pelanggan.
Namun begitu, ramai yang menyalahgunakan kaedah pemasaran sosial ini. Yang paling jelas adalah kelakuan SPAMMING di Internet, yang bermaksud mempromosikan perniagaan secara membuta di laman-laman sosial akaun milik orang lain. Sering kali, gambar kita di’tag’ dengan mesej pengiklanan atau seseorang meletakkan iklan perniagaan di ruang komen Facebook atau blog kita, ada juga yang menghantar email yang mempromosikan perniagaan mereka ke inbox kita tanpa kebenaran. Semua ini dikenali sebagai SPAMMING dan ianya JANGAN DIAMALKAN!
Spamming adalah satu kesalahan etika di Internet. Bukan sahaja itu, ia juga menjatuhkan kredibiliti seseorang usahawan. Di Internet, sekiranya kredibiliti kita jatuh, maka ianya adalah lebih sukar untuk ditingkatkan semula- dan promosi anda seterusnya akan menjadi sia-sia.
Oleh kerana spamming adalah dilarang di laman-laman sosial di atas (anda juga mungkin akan kena BANNED oleh pemilik laman tersebut) Jadi, apakah cara terbaik untuk promosi dan pemasaran di media sosial?
Cara promosi dan pemasaran sosial terbaik adalah dengan menggunakan wadah laman sosial sebagai tempat membina jenama perniagaan anda. Zaman ini di kalangan pesaing yang amat sengit, jenama memainkan peranan yang penting dalam menentukan jenama perniagaan.
Anggap laman sosial sebagai platform membina jenama perniagaan anda. Apabila jenama terbina, dan kredibiliti anda tercipta, di situlah akan memudahkan anda mendapat jualan. Melalukan promosi membuta di Internet jelas sudaj tidak efektif lagi pada zaman Internet 2.0 kini. Oleh itu, strategi perlu diubah untuk memenuhi keadaan pasaran semasa.
Dengan adanya laman web sosial, tidak lagi mustahil untuk perniagaan kecil-kecilan membina jenama dengan mudah dan murah. Sekiranya anda merancang untuk memulakan perniagaan di Internet melalui media sosial, apa kata program intensif *baru* saya, iaitu Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di mana selama 6 bulan, saya dan juga pelatih/trainers bertauliah kami akan membantu dan membimbing anda dalam memulakan perniagaan anda yang pertama melalui Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Pendapat Anda? [5] Comments
Tue 14 Oct 2014
6 Hingga Terbenam! (Bahagian 2)
Posted by Irfan Khairi under Perniagaan Internet , Tip Perniagaan1 Comment
Jadi, ingat formula ini:Enam sehingga terbenam!
Bagaimana hendak mengulang mesej sehingga 6 kali (atau lebih) di Internet?
Cara 1 : Gunakan BLOG seperti blogTip Satu minit IrfanKhairi.com. Terutamanya untuk mereka yang menjalankan industri perkhidmatan (service industry), blog yang profesional dengan nama domain yang juga profesional adalah dimestikan!
Cara 2 : Gunakan FACEBOOK, paparkan gambar-gambar menarik mengenai produk anda, kongsikan ilmu, kongsikan informasi berguna, tetapi hati-hati, jangan asyik promosi sahaja di facebook anda, tetapi kena selang-seli dengan info penting.
Cara 3 : Gunakan YOUTUBE, uploadkan video-video informatif yang berguna ke youtube. Sampaikan mesej dan berbagai pengetahuan tentang produk anda. Muatkan juga testimoni-testimoni yang REAL. Interview secara live tentang produk atau servis anda.
Cara 4 : Gunakan NEWSLETTER, atau lebih dikenali sebagai E-MEL yang dihantar melalui data base anda di mana pelanggan telah signup untuk menerimanya daripada anda. Berikan penjelasan dan penerangan secara detail.
Cara 5 : Gunakan E-BOOK percuma, atau lebih dikenali PDF FILE. Muatkan segala-gala info berguna dan promosi produk anda. Berikannya secara percuma agar semua orang boleh mendapatkan info anda dengan mudah. Galakkan mereka berkongsi dengan kawan-kawan mereka.
Cara 6 : Gunakan ARTIKEL percuma. Tulis berbagai-bagai artikel berkenaan dengan industri anda dan submit ke ezinearticles.com, pastikan anda memuatkan alamat website anda, email, dan info-info yang banyak memberi manfaat serta rujukan yang utama agar pengunjung dengan mudah berminat untuk berkongsi dengan kenalan mereka.
Ada berbagai jenis cara dan kaedah serta strategi perniagaan Internet tentang bagaimana hendak mendapat lebih ramai pelanggan untuk anda. Yang penting, anda harus gunakan kaedah “Enam sehingga terbenam” ini.
Lakukan sekurang-kurangnya enam kali atau lebih banyak lagi bagus, agar segala yang ingin disampaikan melekat di hati, terbenam di minda pelanggan dan bakal pelanggan anda. Barulah ianya berkesan. Selamat mencuba!
Pendapat Anda? 1 Comment
Mon 13 Oct 2014
6 Hingga Terbenam! (Bahagian 1)
Posted by Irfan Khairi under Perniagaan Internet , Tip Perniagaan1 Comment
Sekiranya anda ingin berjaya menyampaikan mesej anda, atau anda ingin mempromosi produk anda, setiap usaha anda itu seharusnya sampai kepada pelanggan dengan mudah, terang dan terpahat di fikiran mereka.
Lebih-lebih lagi jika perniagaan anda itu adalah berbentuk ONLINE atau mesej yang ingin disampaikan adalah melalui internet, ianya perlu diulangi berkali-kali sehingga sesuatu mesej itu terbenam dalam minda prospek anda.
Six until it sticks…
Atau versi melayunya saya sebutkan sebagai “Enam sehingga terbenam!” – maksudnya cukup terang dan jelas, ulang dan ulang lagi sekurang-kurangnya enam kali agar apa yang hendak disampaikan itu terbenam di minda pelanggan.
Disebabkan terdapat pelbagai jenis perniagaan Internet, dan berbagai-bagai mesej perniagaan di Internet jadi, kita perlu mengulangi mesej perniagaan kita berkali-kali supaya kita dapat stand out from the crowd.
Kesilapan yang sering berlaku adalah apabila kita membuat iklan hanya 1 kali sahaja, tetapi kita berharap beribu-ribu orang sudah mengetahuinya. Jangan fikir bila kita sampaikan mesej perniagaan kita satu kali sahaja, terus orang akan membeli apa yang kita hendak jual.
Kerana, mesej tersebut belum lagi terbenam dalam minda bakal pelanggan. Ulang mesej perniagaan sekurang-kurangnya enam kali, barulah makin dekat pelanggan itu menjadi pembeli.
Pendapat Anda? 1 Comment
Sat 11 Oct 2014
Ucapan terima kasih kepada followers Facebook saya yang kini mencecah 400,000! Sokongan anda selama ini amat-amat dihargai. Berjalan-jalan di Hollywood Walk of Fame, sempat saya rakamkan sedikit ucapan kepada anda. Saksikan ya….
Sekiranya anda pemilik perniagaan yang ingin tahu cara menjadikan perniagaan anda POPULAR untuk tahun 2015 ini, isikan nama dan alamat email anda di bawah dan saya akan hubungi anda apabila tiba waktunya nanti!
Tue 7 Oct 2014
Internet Membantu Perniagaan Bukan Internet (Bahagian 2)
Posted by Irfan Khairi under Perniagaan Internet , Tip PerniagaanNo Comments
YOUTUBE
Sebelum ini, untuk membuat iklan berbentuk audio dan visual, pilihan usahawan adalah TV. Tetapi, kita sedia tahu bahawa pengiklanan TV adalah amat mahal terutama untuk usahawan-usahawan kecil dan sederhana.
Selamat datang kepada youtube.com di mana, kini, sesiapa sahaja boleh membuat iklan berbentuk audio visual untuk tatapan pengguna-pengguna Internet. Sehingga slogan You Tube sendiri berbunyi “Broadcast Yourself!”
Anda hanya perlu digicam yang boleh merakam video (pastinya zaman ini, semua digicam boleh!), dan anda boleh merakam contoh produk anda atau kedai anda untuk paparan di You Tube. Anda merupakan agen hartanah? Gunakan You Tube untuk memaparkan ruang makan, bilik, bilik mandi dan dapur rumah yang anda ingin jual. Anda merupakan seorang motivator? Gunakan You Tube untuk memberi contoh-contoh ceramah anda. Gunakan kreativiti anda!
FACEBOOK
Facebook.com adalah rangkaian kenalan sosial di Internet. Ia sering digunakan untuk menghubungi teman-teman dan kenalan yang turut memiliki laman web Facebook. Malah Facebook juga telah menyediakan ‘Pages for business’ – Di mana anda boleh mempromosi barangan jualan anda di page khas untuk perniagaan anda. Anda juga boleh memaparkan gambar-gambar produk anda serta peta ke kedai anda.
Pages Facebook terbaru kini, boleh memaparkan dengan jelas dan nyata apa sahaja gambar yang anda ingin tonjolkan. Setiap produk yang anda mahu niagakan juga agak mudah untuk anda war-warkan di pages anda untuk mendapatkan feedback dan pertanyaan. Anda juga boleh menerima pesanan terus dari pelanggan melalui inbox peribadi anda.
Facebook juga menyediakan ruangan video yang mana anda boleh upload dan postkan di wall page anda segala-gala tentang kedai anda. Dengan cara itu, anda boleh mencapai prospek-prospek untuk perniagaan anda dengan lebih mudah.
Melalui laman Facebook juga, anda boleh memaparkan perniagaan anda kepada kenalan-kenalan dan juga rakan-rakan kepada kenalan anda!
Di atas hanya beberapa perkhidmatan popular yang boleh digunakan dalam mempromosi perniagaan fizikal anda di Internet. Walaupun perniagaan fizikal anda bersifat tempatan namun dengan mempunyai kehadiran di Internet, perniagaan anda bukan sahaja boleh mendapatkan pelanggan di seluruh Malaysia, bahkan juga untuk pelanggan sedunia.
Sebagai contoh, Halalgelatine.com pemiliknya memiliki sebuah kedai di Kota Bharu, Kelantan. Tetapi dengan hanya mempunyai laman web, kini, kedai tersebut mendapat pesanan dari seluruh dunia! Sekarang anda dapat lihat kekuatan Internet?
Akhir kata, Salam Inspirasi Kejayaan.
Pendapat Anda? No Comments
Mon 6 Oct 2014
Internet Membantu Perniagaan Bukan Internet (Bahagian 1)
Posted by Irfan Khairi under Perniagaan Internet , Tip PerniagaanNo Comments
Ramai yang tanya pada saya, bagaimana Internet boleh membantu perniagaan bukan Internet mereka. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai spa, kedai dobi, kedai buku, kedai jual nasi ayam atau apa sahaja kedai yang mempunyai kehadiran fizikal (bricks & mortar), adakah Internet dapat membantu menambahkan keuntungan perniagaan tersebut?
Jawapan saya, sudah tentunya YA!
Pengiklanan dan juga kehadiran sesuatu perniagaan fizikal di Internet dapat membantu menjana keuntungan tambahan serta dapat menarik prospek yang sebelum ini tidak mengetahui tentang sesuatu perniagaan itu.
Berikut adalah beberapa contoh penggunaan media Internet dalam membantu usahawan-usahawan yang memiliki kedai fizikal :
Laman web
Bayangkan sekiranya anda seorang agen insurans, atau agen MLM, atau agen hartanah, dalam masa sehari berapa ramai prospek anda boleh jumpa? Mungkin secara kasar, 3 atau 4 prospek sehari. Jumpa dua prospek sebelah pagi, dan dua lagi sebelah petang pula.
Langkah utama dalam mempunyai kehadiran di Internet adalah dengan memiliki laman web sendiri. Pengguna Internet Malaysia kini lebih dari 14 juta orang. Dengan penggunaan Internet yang amat tinggi, tidak mustahil untuk mendapat 100-200 pelawat, melawat laman web anda setiap hari (atau lebih!). Dan, lagi menyenangkan anda, anda tidak perlu keluar dari rumah!
Dengan menyediakan laman web, anda boleh meletakkan segala maklumat ataupresentation perniagaan anda. Pelawat akan melawat laman web anda dan mempelajari segalanya berkaitan dengan perniagaan anda. Memiliki laman web asas akan memudahkan prospek untuk mengetahui maklumat perniagaan anda dan mereka tidak perlulah pergi ke kedai anda untuk mempelajari apa yang anda sediakan.
BLOG
Blog, atau Web Log (www.blogger.com), kini menjadi trend semasa di mana sesiapa sahaja boleh mempunyai kehadiran online secara mudah. Blog boleh menjadi tempat sesiapa sahaja menulis pendapat mereka mengenai apa sahaja isu yang diinginkan. Daripada hobi, ke politik hinggalah ke agama.
Penggunaan blog boleh juga membantu sesuatu perniagaan dalam merapatkan lagi pengguna tersebut dengan pemilik perniagaan. Anda boleh melihat contoh blog saya ini IrfanKhairi.com di mana saya memberi tip-tip perniagaan, kewangan dan motivasi. Di samping itu, blog digunakan untuk memperkenalkan produk-produk dan perkhidmatan Irfan Khairi Sdn Bhd kepada pelawat blog.
Seperti contoh sebelum ini, ianya tidak mustahil mendapat 100-200 orang pelawat blog anda setiap hari. Blog IrfanKhairi.com pula menerima lebih daripada 1,000 pelawat sehari. Tidak berdaya saya untuk pergi berjumpa 1,000 prospek dalam masa sehari, tetapi kehadiran blog saya itu telah membolehkan 1,000 prospek mengetahui tentang Irfan Khairi Sdn Bhd dalam sehari.
Fikirkan bagaimana blog boleh membantu perniagaan anda. Bergantung kepada perniagaan anda, anda boleh membina blog yang memberi tip-tip menarik berkaitan dengan perniagaan anda untuk manfaat orang ramai.
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan melalui Internet, Pelajari 149 Teknik dan Strategi Menjalankan dan Memaksimakan Keuntungan Perniagaan ANDA melalui Internet di sini. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Pendapat Anda? No Comments
Tue 30 Sep 2014
Apa yang terjadi kepada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula diri sendiri “mahu” menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri “takut” untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ini songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula!
Jadi, berhati-hati dengan apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!
Minda kaya bergaul dengan minda kaya yang lain, minda miskin bergaul dengan minda miskin yang lain
Ada pepatah berbunyi “If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys.”
Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri dengan mereka yang berjaya. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya juga- kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!
Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka, kita juga akan berfikiran seperti mereka.
Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya tetapi, maksud saya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Silap-silap, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!
Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan
Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang.
Kreatif? Bagaimana kalau kita tidak kreatif? Mudah sahaja… fikirkan bahawa “kreatif” maksudnya “menjadikan lebih baik.” Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi “kreatif.” Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik?
Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga sering kali, halangan di hadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang.
Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, dikatakan tidak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan.
Tiada modal? Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisien- itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang!
Berhenti sebentar dan fikirkan di manakah kedudukan minda kita. Adakah kita mempunyai minda kaya, atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya di tangan empunya diri- pilihannya di tangan empunya minda- iaitu diri kita sendiri!
Pendapat Anda? No Comments
http://www.irfankhairi.com/blog/
No comments:
Post a Comment