Friday 31 October 2014

Mengapa saya memilih Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai tokoh usahawan berjaya...




1- Usahawan yang cintakan kebajikan


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang usahawan yang sangat cintakan kebajikan apabila telah banyak menubuhkan tempat-tempat atau bangunan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Sebagai contoh, Yayasan Al-Bukhary ditubuhkan untuk golongan miskin khususnya dalam bidang pendidikan. Hal ini telah membuktikan beliau sangat prihatin terhadap keadaan masyarakat sekeliling dengan memberi kebaikan kepada mereka. 


Selain itu, beliau juga telah membuat pembinaan masjid Al-Bukhary yang terletak di lokasi strategik berhampiran Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Hal ini telah memudahkan orang ramai untuk solat dan tidak perlu risau untuk mencari mana-mana masjid yang berdekatan untuk solat. Beliau juga banyak terlibat dalam memberikan sumbangan kepada pihak yang memerlukan. 





2- Usahawan yang melakukan pelbagai jenis perniagaan








Beliau seorang usahawan yang melakukan pelbagai jenis perniagaan yang menyebabkan nama beliau meningkat naik dan menjadi salah seorang usahawan terkaya di Malaysia. Beliau melibatkan diri dalam bidang hartanah, pengangkutan, perniagaan pakaian, pengeluaran beras dan banyak lagi. Kejayaan beliau terserlah apabila berjaya dalam setiap bidang perniagaan yang diceburinya. 


Selain itu, beliau tidak hanya menumpukan kepada sesuatu perniagaan sahaja malah berusaha mengembangkan perniagaannya dengan mempelbagaikan perniagaannya dalam semua bidang. Ternyata, perniagaan yang diceburi oleh beliau telah memberi banyak manfaat kepada masyarakat sekeliling apabila beliau berjaya menyumbangkan sesuatu yang bernilai kepada masyarakat.

Proses pembangunan perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...




MULA BERNIAGA



Pada pertengahan tahun 1970-an, perniagaan ternakan bapanya berdepan masalah besar ekoran tercetusnya wabak kaki tangan dan mulut. Wabak berkenaan merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Akibatnya, hampir kesemua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Kejadian berkenaan sebenarnya mempunyai hikmah yang tersendiri. Sejak itu, Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya serta memutuskan untuk tidak lagi berkecimpung dalam bidang penternakan. Sebaliknya membuat keputusan untuk berniaga daging. 


Sebagi permulaan pada usia 19 tahun, Syed Mokhtar akan pergi ke pasar-pasar di sekitar Alor Star dan membeli daging yang tidak terjual daripada peniaga di sana. Daging berkenaan kemudiannya dijual kembali kepada para peniaga bumiputera di kawasan sekitar. Meskipun daging berkenaan adalah merupakan daging yang tidak terjual namun Syed Mokhtar telah membungkusnya kembali dengan lebih baik malah diletakkan bersama ais bagi mengekalkan kesegaran daging tersebut. Justeru, menggunakan pengalamannya sebelum itu bersama produk yang berkualiti, perniagaannya itu mendapat sambutan yang menggalakkan. Kejayaannya itu membuatkan semangatnya untuk mengembangkan perniagaannya semakin berkobar-kobar. 







Selepas itu, Syed Mokhtar pula beralih kepada perniagaan pengangkutan. Selepas berjaya mendapatkan permit bagi empat buah lori kelas A pada tahun 1972, Syed Mokhtar mendapatkan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada Majlis Amanah Rakyat(MARA) untuk membeli dua buah lori mercedes benz. Pada awalnya beliau bercadang untuk mendapatkan empat buah lori, namun tidak kesampaian akibat masalah teknikal menyebabkan beliau masih mempunyai dua baki permit. Seorang peniaga berbangsa cina kemudian menawarkannya sejumlah wang untuk membeli baki dua buah permit berkenaan, bagaimanapun Syed Mokhtar tidak bersetuju dengan tawaran berkenaan lalu memutuskan untuk memulangkannya kepada MARA. 



Beliau kemudiannya membuka perniagaan pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik seorang kerani berbangsa cina sebagai pengurusnya. Menariknya, syarikat tersebut masih wujud sehingga kini. Daripada sebuah syarikat kecil yang menawarkan perkhidmatan mengangkut beras , ia kini memiliki lebih 40 buah lori untuk pelbagai tujuan. 





PENUBUHAN SYARIKAT BERAS 










Apabila Syarikat Pengangkutan Sentosa semakin berkembang maju, Syed Mokhtar kemudiannya membeli sebuah rumah kedai di kawasan yang sama di mana beliau pernah membantu ibunya menjual sayur ( Pasar Tok Wan Jah). Tidak lama kemudian pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah selepas memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas.



Berdasarkan pengalamannya dalam bidang perniagaan pengedaran beras, beliau berjaya mendapatkan kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd, iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ)





PERNIAGAAN BERKEMBANG




Selepas menubuhkan Syarikat Shah, beliau pula menubuhkan Syarikat Bukhary yang juga terlibat dalam perniagaan beras dan gula. Seperti Syarikat Pengangkutan Sentosa, Bukhary masih wujud dan masih berkembang hingga kini dengan pendapatan tahunan sekitar RM250 juta. Syarikat berkenaan kemudiannya dikembangkan kepada Bukhary (KL) Sdn. Bhd pada tahun 1977. Syarikat ini kemudiannya berjaya mendapat banyak kontrak kerajaan yang ditawarkan kepada peniaga bumiputera ketika itu dan menjalankan operasinya di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang. 


Oleh kerana perniagaan itu semakin berkembang maju, beliau kemudiannya mengubahsuai bahagian bawah pejabatnya kepada ruang pembungkusan bagi coklat, tepung dan teh kepada kerajaan. Beliau kemudian menubuhkan pula Syarikat Susu Mas Sdn. Bhd (Susu Mas) pada tahun 1979 untuk melicinkan urusan pembekalan bahan kepada kerajaan. Seperti Bukhary, Susu Mas juga merupakan sebuah syarikat usahasama, kali ini dengan New Zealand Milk Products. Beliau memegang 51 peratus saham di dalamnya. Produk Susu Mas dipasarkan di bawah jenama Fernleaf. Bagaimanapun, ekoran kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada hujung tahun 80-an beliau mengambil keputusan menjual kepentingannya di dalam syarikat berkenaan.




AMTEK, CROCODILE, DAN LOUIS












Sekitar tahun 1980-an dan 1990-an menyaksikan beliau mula menceburkan diri dalam perniagaan pakaian dan pembuatan pula. Bintangnya terus bersinar cemerlang apabila berjaya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera untuk Kementerian Pertahanan. Menerusi kontrak berkenaan, syarikatnya dikehendaki membekalkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan lebih 100,000 pasang kasut serta 330,000 pasang pakaian seragam. Kejayaan itu membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menubuhkan dua syarikat pakaian iaitu Amtek Holdings (Amtek) yang mengeluarkan kasut manakala Oriental Garments Uniform Division (Oriental) bagi mengeluarkan pakaian. Oriental merupakan satu lagi syarikat kerjasama miliknya. Kali ini dengan Oriental Garments di Pulau Pinang. 


Meskipun Amtek kemudiannya berjaya disenaraikan di bursa saham Kuala Lumpur 1998, beliau masih tidak berpuas hati malah mahu mengembangkan lagi empayar perniagaannya. Syed Mokhtar seterusnya membeli jenama Sparkmanshop dan hak untuk memasar dan mengeluarkan barangan Crocodile. Crocodile kini mempunyai pelbagai variasi pakaian baik untuk wanita mahupun lelaki seperti baju kemeja, seluar, tali pinggang dan kasut. 


Terbaru anak syarikat Amtek, Amtek Shoes mengeluarkan kasut untuk kegunaan ATM dan pakaian jenama Lee Cooper serta Louis. Sebenarnya empayar perniagaan Syed Mokhtar terlalu luas bukan sekadar daging, beras, gula, dan pakaian sahaja malah turut merangkumi beberapa industri berat di negara ini. Beliau menubuhkan Bukhary Shipping untuk urusan pengangkutan barangan terutamanya makanan dari Sabah dan Sarawak ke Thailand dan sebaliknya. Bermodalkan AS1 juta, beliau membeli sebuah kapal terpakai Jerman yang dinamakan semula sebagai Angsa Mas. 


Ketika menguruskan Bukhary Shipping, Syed Mokhtar mula berjinak-jinak dengan bidang hartanah apabila membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan membangunkan beberapa projek pembinaan di sana. Syed Mokhtar turut mempunyai 22.7 peratus kepentingan dalam Malakoff Berhad, Syarikat penjana kuasa tenaga bebas (IPP) serta 20 peratus dalam IJM Corporation yang menjalankan perniagaan pembangunan hartanah, perlombongan dan pertanian.


Pada tahun 2000, IJM memenangi anugerah Kontraktor Antarabangsa Terbaik Malaysia dan pada tahun berikutnya Syarikat Pembinaan Terbaik Malaysia atas kecemerlangannya. Selain itu, beliau turut memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras serta 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu badan gabungan perniagaan yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Beliau juga memiliki 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik di negara ini. Selain menjalankan perniagaan dan kepentingan-kepentingan di atas, Syed Mokhtar turut terlibat dalam beberapa projek penswastaan seperti Johor Port Sdn. Bhd dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. Beliau terlibat dengan Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd pula dibelinya pada harga RM135 juta. Selepas melibatkan diri dengan Johor Port, beliau membangunkan dan menjayakan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Pelabuhan tersebut menjadi begitu maju hingga berjaya menarik begitu ramai syarikat antarabangsa berurusan di sana. Kecekapannya juga menyebabkan dua gergasi perkapalan dunia, Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan berpindah dari Singapura ke Tanjung Pelepas.



SUMBANGAN TERHADAP PENDIDIKAN GOLONGAN MUSLIM MALAYSIA








Meskipun mengecap kejayaan sebagai tokoh konglomerat bumiputera nombor satu negara, beliau tidak melupakan kewajipannya untuk membantu saudara seagamanya. Justeru, Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 untuk membantu golongan miskin, khususnya dalam bidang pendidikan.
Hingga kini, Yayasan al-Bukhary telah membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Yayasan ini bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada pendududk negara ini, malah juga negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Antara projek besar yang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah. Kompleks itu memainkan peranan sebagai pusat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.
Yayasan ini juga membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Bangunan empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 16 buah masjid di serata negara.
Terbaru ialah projhek pembinaan Masjid Al Bukhary yang terletak di lokasi strategik berhampiran Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kedudukan masjid yang dibina dengan kos RM12.2 juta itu juga memudahkan umat Islam terutama di sekitar Jalan Hang Tuah, Jalan Pudu dan kawasan Bukit Bintang untuk beribadat.


SUMBANGAN LAIN

Terdahulu pada tahun 2000, Yayasan Al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Bermula semester November 2007 pula, Yayasan Albukhary akan menaja 28 lagi pelajar ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Yayasan al Bukhary juga kini terlibat dalam projek pembinaan Universiti Antarabangsa Albukhary bernilai RM500 juta di Kedah. Ia bakal menampung 3,000 pelajar yang terdiri daripada 70 peratus pelajar asing yang dibiayai sepenuhnya oleh yayasan ini menjelang 2009.
Pada 6 September lalu pula, Yayasan Al-Bukhary menyumbang AS$1 juta kepada Tabung Kemanusiaan Lebanon bagi membantu meringankan penderitaan rakyat negara itu yang menjadi mangsa kekejaman Israel.
Yayasan ini juga sebenarnya menghulurkan bantuannya kepada organisasi bukan Islam.
Sebagai contoh, sebanyak RM1 juta telah disumbangkan oleh yayasan ini bagi Projek Langkawi, usaha yang dipelopori MCA bagi dalam bidang pendidikan khususnya memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu di kawasan luar bandar.
Sesungguhnya, kejayaan yang dikecapi oleh Syed Mokhtar pada hari ini bukan menerusi jalan yang singkat lagi mudah. Dengan usaha yang tekun, percaya kepada kemampuan diri, dan menyakini semuanya adalah anugerah Allah, menjadikannya ikon konglomerat bumiputera yang patut dicontohi.






Thursday 30 October 2014

Profil dan latar belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...





                                   Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
  

       




Biodata


Nama sebanar beliau ialah Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary. Beliau dilahirkan pada tahun 1952 di Alor Star, Kedah. Beliau juga merupakan pengasas Yayasan Al-Bukhary dan orang ke lapan terkaya di Malaysia. Beliau menguasai industri di Malaysia seperti perniagaan yang pelbagai termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta kejuruteraan. Jumlah kekayaan beliau ialah sebanyak $ 2.75 billion. 



Syed Mokhtar al-Bukhary merupakan anak ketiga dari tujuh beradik dan dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas menengah rendah  keturunan Arab Hamdhrami. Bapanya adalah seorang pedagang yang merantau ke Asia Tengah dan Thailand pada usia mudanya sebelum menetap di Kedah semasa tahun 1940-an. Apabila Syed Mokhtar berusia sembilan tahun, beliau dihantar ke Johor Bahru untuk tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di mana beliau belajar sehingga Tingkatan 2. Beliau kemudian kembali ke Kedah untuk menyelesaikan pendidikannya sehingga tingkatan lima di Sekolah Saint Michael , dan beliau tidak pernah pergi ke universiti. Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri pada usia mudanya. 



Oleh sebab latar belakang keluarga yang sederhana, Syed Mokhtar al Bukhary terpaksa melangkah ke dunia pekerjaan dalam awal kehidupan beliau, walaupun sedang mengikuti pengajian rendah dan menengah. Beliau membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasaran dan juga menjual roti canai. Pengetahuan angka beliau digunakan untuk membantu bapanya dalam melakukan pembukuan setiap hari. 


Selepas tamat sekolah, beliau membantu bapanya dalam perniagaan penternakan lembu tetapi perniagaan tersebut mengalami kegagalan apabila lembu ternakan bapanya dijangkiti penyakit kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau kemudian berpindah ke pembungkusan daging dan mula menjual borong kepada mereka.











Mengapa saya memilih Encik Irfan Khairi sebagai tokoh usahawan berjaya...



1- Usahawan yang berjaya di usia muda


Umum mengetahui bahawa Encik Irfan Khairi merupakan seorang usahawan yang berjaya pada usia yang sangat muda iaitu pada usia mencecah 25 tahun. Hal ini  telah membuka mata saya bahawa kejayaan tidak mengira usia dan faktor lain. Sebaliknya, usaha dan semangat yang tinggi membolehkan seseorang berjaya dalam bidang yang diceburi. Encik Irfan Khairi sangat bijak menggunakan peluang yang ada dalam bidang perniagaan apabila melihat pasaran yang mempunyai permintaan tinggi di India berkenaan dengan produk peta Malaysia. 









Irfan Khairi juga merupakan salah seorang usahawan melayu yang berjaya pada usia muda. Kecemerlangan beliau jelas terpancar apabila sangat popular dan dikenali ramai dalam usia yang cukup muda di mana berjaya menjadi personaliti televisyen dan pakar dalam memberi ceramah berkaitan dengan perniagaan internet. Lebih menarik lagi, beliau juga telah memberi satu ceramah berkaitan dengan perniagaan di tempat pengajian saya iaitu di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah. Hal ini telah memberi kesedaran kepada saya untuk terus bersemangat dalam membuat sesuatu perkara dan telah mengubah persepsi saya mengenai dunia perniagaan yang mana semua orang boleh melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ini. Selain itu, beliau juga telah berjaya memperolehi pendapatan mencecah RM1 juta pada usia 25 tahun ini. Kegagalan beliau pada kali pertama telah menyedarkan beliau untuk tidak terus mengalah dan berputus asa. 







2- Usahawan yang sangat merendah diri


Encik Irfan Khairi seorang yang sangat merendah diri dan tidak berbangga dengan kejayaan yang dimilikinya. Malah beliau juga tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan tip untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau turut menceritakan pengalaman dan kisah hidupnya sebelum menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam beberapa buah bukunya yang terkenal. Beliau juga sangat senang untuk ditemu ramah oleh para wartawan yang mana hendak menemubual beliau. Ternyata, beliau sangat peramah dan disukai ramai kerana sifat rendah diri yang ada pada dirinya. 












Karakter yang ada pada dirinya membuatkan saya berminat untuk lebih mengetahui dengan lebih mendalam lagi dalam bidang bisnes ini. Beliau sangat berjaya apabila berjaya mencipta satu laman web proses pembelajaran yang mana digunakan sehingga kini oleh pelajar di UK. Kejayaan beliau boleh dianggap sebagai satu platform untuk terus maju lagi dalam bidang perniagaan internet. 






3- Seorang usahawan yang bijak



Irfan Khairi merupakan salah seorang usahawan yang bijak kerana berjaya mendapat pendidikan dari Universiti Stamfordshire dalam bidang Multimedia Design. Beliau berjaya mengaplikasikan ilmu yang diperoleh untuk menjadikannya berjaya sebagai usahawan dalam perniagaan internet. Bukan itu sahaja, beliau telah menjadikan perniagaan internet sebagai satu kerjaya sepenuh masa dan hanya bekerja di rumah dengan komputer riba dan akses internet. Hal ini membuktikan bahawa kerja di rumah juga mampu untuk berjaya jika pandai mengambil peluang dan semangat yang tinggi dalam diri. 











Beliau juga bijak dalam mengambil peluang dalam bidang perniagaan apabila berjaya mendapat pelanggan dari India yang mana pada masa itu ramai yang memerlukan produk peta Malaysia. Irfan Khairi telah berjaya dalam merebut pasaran yang ada yang membolehkan beliau bangkit selepas kegagalan kali pertama. Perkara ini menjadi motivasi kepada saya untuk terus maju ke hadapan walaupun menempuh banyak kali kegagalan kerana kegagalan itu merupakan satu proses pembelajaran. 

Wednesday 29 October 2014

Proses pembangunan perniagaan Encik Irfan Khairi...







Kejayaan Irfan Khairi mencapai pendapatan RM 1 juta melalui perniagaan internet dalam usia yang masih muda telah melonjakkan namanya sehingga digelar sebagai jutawan internet. Rata-rata pengusaha yang menjalankan perniagaan berasaskan internet telah menjadikan beliau sebagai ikon dan simber inspirasi untuk maju dalam perniagaan. Pergilah ke mana-mana jemputan seminar bisnes internet samaada konvensional mahupun berasaskan 'networking', nama Irfan Khairi pastinya disebut-sebut sebagai individu contoh yang berjaya dalam bisnes internet.


Mengimbas kembali kronologi sejarah dirinya sebelum bergelar jutawan. Sebaik sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire Universiti, United Kingdom (UK) Irfan Khairi menerima tawaran bekerja di salah sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) terbesar di Birmingham iaitu Netmedia UK ltd. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding internet beliau diberi tanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran internet untuk sekolah-sekolah di UK yang dikenali sebagai Learning Grid. Sekarang lebih daripada 5000 buah sekolah di UK menggunakan sistem tersebut. 


Oleh sebab minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan internet secara sambilan pada 1999. Perniagaan internet beliau yang menggunakan nama IdeaBubble sehingga sekarang telah berkhidmat untuk lebih daripada 3000 orang pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari Amerika Syarikat, UK, negara-negara Eropah, Timur Tengah, Jepun, dan Australia.







Antara perniagaannya yang berjaya dan berkembang pesat melibatkan perkhidmatan mereka bentuk buku elektronik (e-book), mereka cipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO ( Search Engine Optimization ), menjual peta, penempatan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan e-pembelajaran. Namun demikian, sebelum mencipta kejayaan beliau mengaku mengalami kegagalan di peringkat awal mengusahakan bisnes internet. Selama setahun beliau menghadapi masalah untuk mendapatkan pelanggan, menyebabkan perniagaan yang dijalankan tidak mencapai matlamat. Kegagalan yang dialami menyebabkan beliau mula belajar tentang selok-belok perniagaan di internet. Hasil penelitiannya, beliau mendapati bahawa terdapat dua kelemahan utama yang menyebabkan kegagalannya iaitu kaedah promosi yang tidak tepat dan juga kurang fokus.


Minat yang mendalam terhadap perniagaan internet telah mendorong beliau mempelajari semula pelbagai perkara tentang pemasaran melalui internet serta menjadikan beberapa orang pakar dalam bidang pemasaran internet sebagai contoh. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang dipelajarinya sebelum ini, beliau menyusun semula strategi perniagaannya dengan bermodalkan kurang daripada RM 500. Dalam percubaan kedua untuk bangkit dari kegagalan itu, Irfan lebih bijak memilih kaedah promosi yang lebih sesuai dengan poduk yang diketengahkan. Misalnya, beliau telah memberi tumpuan promosi kepada pasaran Arab bagi menjual peta Malaysia apabila mendapati produk tersebut mempunyai permintaan ynag tinggi di sana. 


Beliau akhirnya berjaya mengangkat perniagaannya ke landasan yang betul apabila pendapatannya menerusi perniagaan tersebut meningkat berlipat kali ganda daripada pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaan tetapnya. Hal ini telah mendorong beliau menjadikan perniagaan internet sebagai kerjaya sepenuh masa. Akhirnya, selapas tiga tahun menjalankan perniagaan internet, beliau telah berjaya memperolehi pendapatan mencecah RM1 juta tanpa perlu ada pekerja dan peralatan komputer yang canggih. Semenjak itu, beliau hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan menggunakan komputer riba dan akses internet. Ketika itu, beliau baru sahaja berumur 25 tahun. Beliau juga tidak lokek berkongsi kejayaannya dengan sesiapa pun malah beliau mencurahkan pengalamannya dengan menulis buku berjudul 'Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar' kepada orang ramai yang berminat mempelajari teknik berkesan untuk menjalankan perniagaan internet. 




Saturday 25 October 2014

Profil dan latar belakang Encik Irfan Khairi...





                                                 Encik Irfan Khairi




Biodata



Nama : Dr. Noor Irfan Khairi Noor Azmi

Asal : Perak  (dibesarkan di Selangor)

Isteri : Shazrina Yusof

Umur : 37 tahun

Pendidikan : Ijazah sarjana muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom





Beliau merupakan pakar perniagaan internet, jutawan siber, seorang 'speaker', penulis buku, dan personaliti televisyen dan radio. Beliau juga giat menganjurkan seminar dan sinonim dengan seminar Rahsia Perniagaan Internet, Bengkel Jutawan Internet, dan banyak lagi. Antara buku popular yang ditulis ialah buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar yang turut diterjemah ke dalam bahasa Inggeris iaitu Secrets of Internet Millionaires Revealed serta siri buku nota jutawan. 


Bergelar jutawan pada usia muda 25 tahun, Irfan Khairi dianggap pencetus fenomena 'jutawan internet' apabila kejayaan beliau diberi pendedahan secara meluas oleh media elektronik dan media cetak. Berpegang kepada prinsip cara berfikir (mindset) adalah kunci dalam membina kekayaan, Irfan khairi turut berkongsi ilmu dan pengalaman menerusi seminar-seminar yang dianjurkan beliau.











Wednesday 15 October 2014

Mengapa saya memilih Tan Sri Dato' Tony Fernandes sebagai tokoh usahawan berjaya...




1 - Usahawan yang menepati janji



Tan Sri Dato' Tony Fernandes menetapkan slogan 'now everyone can fly' atau 'kini semua orang boleh terbang' . Perkataan semua bermaksud tiada yang tertinggal. Oleh itu, bagi membuktikan komitmen ini, AirAsia bertungkus-lumus menyediakan pelbagai kemudahan dan merendahkan tambang supaya semua orang dapat 'terbang'. 'Lead by example' dan 'Walk the talk' sentiasa menjadi pegangan pemimpin berpengaruh ini. 










Tan Sri Dato' Tony Fernandes adalah pemimpin dalam dunia keusahawanan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Keupayaan beliau membangunkan AirAsia bersama rakan-rakan yang lain membuktikan anak Malaysia mampu menakluki dunia. Bermula dengan hanya dua kapal terbang yang menyedihkan , akhirnya AirAsia mampu terbang jauh ke seluruh dunia. Majalah Janes' Transport Finance di London, pembekal maklumat pasaran dan penyelesaian bersepadu kepada sektor pengangkutan, keselamatan awam, pertahanan, keselamatan, dan undang-undang menganugerahkan beliau CEO syarikat penerbangan 2009. Ini kerana keupayaan beliau menjadikan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia dan terbaik di dunia termasuk berjaya menerbangkan 75 juta penumpang hanya dalam kurang dari lapan tahun. Jadi, dengan ini beliau telah merealisasikan kata-kata dan janjinya bahawa semua orang boleh 'terbang' dengan penerbangan tambang murah dan mampu dimiliki oleh semua orang.






2 - Seorang usahawan yang kreatif








Beliau merupakan salah seorang tokoh usahawan yang kreatif. Orang kreatif adalah orang yang memiliki daya cipta yang unik sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Beliau telah menggunakan idea dengan baik sekali apabila berjaya melihat masalah dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat penerbangan dengan mencipta peluang yang berjaya muncul dan menakluki dunia. Selain itu, beliau juga telah berjaya membuat transformasi ke atas syarikat penerbangan dengan menawarkan penerbangan tambang murah yang mana semua orang mampu untuk 'terbang'. Idea kreatif yang mampu diterjemahkan ke dalam dunia keusahawanan ini membolehkan beliau mengukir nama di persada antarabangsa. 




Saya sangat meminati usahawan ini kerana beliau berjaya berfikir di luar kotak fikiran yang mana ingin merealisasikan sebuah syarikat penerbangan tambang murah dan sentiasa berfikir tentang kebajikan orang ramai. Selain itu, beliau juga berjaya memperoleh idea dalam memajukan semula syarikat penerbangan yang sudah gagal di mana tidak ada keuntungan lagi. Melalui usaha kreatif beliau, syarikat penerbangan ini mula membangun dan maju di peringkat dunia apabila berjaya menerbangkan lebih jutaan penumpang ke seluruh dunia. Lebih menarik lagi, beliau telah membuat kerjasama atau telah membuat sponsor dalam perlawanan bola sepak di Stadium Old Trafford Manchester yang mana telah berjaya mengiklankan AirAsia dan menonjolkan imej AirAsia ke seluruh dunia dan ditonton oleh jutaan penonton.













3 - Seorang usahawan yang menunjukkan komited yang tinggi dalam perniagaan



Untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi, seseorang haruslah komited dan mempunyai semangat yang tinggi dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Komited ialah perasaan bertanggungjawab atau mempunyai kesedaran yang tinggi dalam pekerjaan yang dilakukan. Dalam hal ini, Tan Sri Dato' Tony Fernandes memiliki komited yang sangat tinggi dalam memajukan syarikat penerbangan AirASia. Hal ini boleh dilihat apabila beliau sentiasa berada bersama-sama apabila ada aktiviti atau perbincangan tentang AirAsia. Beliau selalu mengenakan imej sesuai dengan trademark atau imej syarikat AirAsia iaitu warna putih dan merah. Selalunya, beliau akan memakai baju berwarna putih dan memakai topi AirAsia berwarna merah. Hal ini telah menggambarkan bahawa semangat dan komited beliau dalam memajukan AirAsia sangat tinggi dan harus dijadikan contoh yang baik kepada usahawan baru.










Seterusnya, kehadiran beliau dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan AirAsia menunjukkan bahawa beliau seorang yang tidak bersikap lepas tangan terhadap pekerja-pekerjanya. Malah, beliau sendiri turun padang untuk memantau segala aktiviti yang berkaitan 

Proses pembangunan perniagaan Tan Sri Dato' Tony Fernandes...

 

 

Pra-masa pengusahaan

Fernandez ialah seorang bangsa Goa bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan diKuala Lumpur, Malaysia. Ibubapanya ialah Dr. Stephen Edward Fernandes (meninggal), dan Ena Dorothy Fernandes. Pada masa muda lagi, dia sentiasa mengikut ibunya, seorang peniaga, ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware. Selepas mendapat ijazah universiti daripada London School of Economics pada tahun 1987, dia bekerja sebentar dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit, dan seterusnya dari tahun 1987 sehingga tahun 1989, dia menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Branson di London.
Sewaktu kembali ke Malaysia pada umur 27, dia menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Selanjutnya dari tahun 1992 sehingga2001, dia menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music. Pada masa Time Warner Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes meninggalkan syarikatnya bagi mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Malangnya, permohonanlesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.



http://ms.wikipedia.org/wiki/Tony_Fernandes



Semasa kecil beliau kerap kali mengikuti ibunya, seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis majlis para  peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau  melanjutkan persekolahan di England  pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of Economics pada  tahun 1987.

Beliau mulai alam perkerjaan di Virgin Atlantic sebagai auditor, kemudian sebagai kontroller kewangan di sebuah syarikat dimilik oleh Richard Branson, iaitu Virgin Record sehingga 1989.

Sekembalinya  ke Malaysia beliau dilantik sebagai pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.  Sewaktu bertugas di syarikat ini beliau berjaya mencetus suatu  ‘revolusi’ dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut kedalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari 1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice  presiden kumpulan  bagi kawasan Asia Tenggara.



http://dahalmi.wordpress.com/2012/08/15/tony-fernandes-dan-air-asia/





Semasa perusahaan AirAsia


Adalah melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.


Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September, 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsepyang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus.


Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di perindustrian penerbangan. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbanganIreland yang paling berjaya di dunia. Ferdandes membilang bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang.



http://ms.wikipedia.org/wiki/Tony_Fernandes










Selepas perusahaan AirAsia





Pencapaian Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum dia memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.

Ferdandes juga berjaya merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui penerbangan tambang rendah. Sekarang, terdapat beberapa syarikat penerbangan tambang rendah di wilayah ini, iaitu:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tony_Fernandes