Wednesday 29 October 2014

Proses pembangunan perniagaan Encik Irfan Khairi...







Kejayaan Irfan Khairi mencapai pendapatan RM 1 juta melalui perniagaan internet dalam usia yang masih muda telah melonjakkan namanya sehingga digelar sebagai jutawan internet. Rata-rata pengusaha yang menjalankan perniagaan berasaskan internet telah menjadikan beliau sebagai ikon dan simber inspirasi untuk maju dalam perniagaan. Pergilah ke mana-mana jemputan seminar bisnes internet samaada konvensional mahupun berasaskan 'networking', nama Irfan Khairi pastinya disebut-sebut sebagai individu contoh yang berjaya dalam bisnes internet.


Mengimbas kembali kronologi sejarah dirinya sebelum bergelar jutawan. Sebaik sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire Universiti, United Kingdom (UK) Irfan Khairi menerima tawaran bekerja di salah sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) terbesar di Birmingham iaitu Netmedia UK ltd. Sebagai pereka sistem multimedia dan perunding internet beliau diberi tanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran internet untuk sekolah-sekolah di UK yang dikenali sebagai Learning Grid. Sekarang lebih daripada 5000 buah sekolah di UK menggunakan sistem tersebut. 


Oleh sebab minat dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan internet secara sambilan pada 1999. Perniagaan internet beliau yang menggunakan nama IdeaBubble sehingga sekarang telah berkhidmat untuk lebih daripada 3000 orang pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari Amerika Syarikat, UK, negara-negara Eropah, Timur Tengah, Jepun, dan Australia.







Antara perniagaannya yang berjaya dan berkembang pesat melibatkan perkhidmatan mereka bentuk buku elektronik (e-book), mereka cipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO ( Search Engine Optimization ), menjual peta, penempatan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan e-pembelajaran. Namun demikian, sebelum mencipta kejayaan beliau mengaku mengalami kegagalan di peringkat awal mengusahakan bisnes internet. Selama setahun beliau menghadapi masalah untuk mendapatkan pelanggan, menyebabkan perniagaan yang dijalankan tidak mencapai matlamat. Kegagalan yang dialami menyebabkan beliau mula belajar tentang selok-belok perniagaan di internet. Hasil penelitiannya, beliau mendapati bahawa terdapat dua kelemahan utama yang menyebabkan kegagalannya iaitu kaedah promosi yang tidak tepat dan juga kurang fokus.


Minat yang mendalam terhadap perniagaan internet telah mendorong beliau mempelajari semula pelbagai perkara tentang pemasaran melalui internet serta menjadikan beberapa orang pakar dalam bidang pemasaran internet sebagai contoh. Berbekalkan ilmu dan pengalaman yang dipelajarinya sebelum ini, beliau menyusun semula strategi perniagaannya dengan bermodalkan kurang daripada RM 500. Dalam percubaan kedua untuk bangkit dari kegagalan itu, Irfan lebih bijak memilih kaedah promosi yang lebih sesuai dengan poduk yang diketengahkan. Misalnya, beliau telah memberi tumpuan promosi kepada pasaran Arab bagi menjual peta Malaysia apabila mendapati produk tersebut mempunyai permintaan ynag tinggi di sana. 


Beliau akhirnya berjaya mengangkat perniagaannya ke landasan yang betul apabila pendapatannya menerusi perniagaan tersebut meningkat berlipat kali ganda daripada pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaan tetapnya. Hal ini telah mendorong beliau menjadikan perniagaan internet sebagai kerjaya sepenuh masa. Akhirnya, selapas tiga tahun menjalankan perniagaan internet, beliau telah berjaya memperolehi pendapatan mencecah RM1 juta tanpa perlu ada pekerja dan peralatan komputer yang canggih. Semenjak itu, beliau hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan menggunakan komputer riba dan akses internet. Ketika itu, beliau baru sahaja berumur 25 tahun. Beliau juga tidak lokek berkongsi kejayaannya dengan sesiapa pun malah beliau mencurahkan pengalamannya dengan menulis buku berjudul 'Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar' kepada orang ramai yang berminat mempelajari teknik berkesan untuk menjalankan perniagaan internet. 




No comments:

Post a Comment