Wednesday 15 October 2014

Mengapa saya memilih Tan Sri Dato' Tony Fernandes sebagai tokoh usahawan berjaya...




1 - Usahawan yang menepati janji



Tan Sri Dato' Tony Fernandes menetapkan slogan 'now everyone can fly' atau 'kini semua orang boleh terbang' . Perkataan semua bermaksud tiada yang tertinggal. Oleh itu, bagi membuktikan komitmen ini, AirAsia bertungkus-lumus menyediakan pelbagai kemudahan dan merendahkan tambang supaya semua orang dapat 'terbang'. 'Lead by example' dan 'Walk the talk' sentiasa menjadi pegangan pemimpin berpengaruh ini. 










Tan Sri Dato' Tony Fernandes adalah pemimpin dalam dunia keusahawanan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Keupayaan beliau membangunkan AirAsia bersama rakan-rakan yang lain membuktikan anak Malaysia mampu menakluki dunia. Bermula dengan hanya dua kapal terbang yang menyedihkan , akhirnya AirAsia mampu terbang jauh ke seluruh dunia. Majalah Janes' Transport Finance di London, pembekal maklumat pasaran dan penyelesaian bersepadu kepada sektor pengangkutan, keselamatan awam, pertahanan, keselamatan, dan undang-undang menganugerahkan beliau CEO syarikat penerbangan 2009. Ini kerana keupayaan beliau menjadikan AirAsia sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia dan terbaik di dunia termasuk berjaya menerbangkan 75 juta penumpang hanya dalam kurang dari lapan tahun. Jadi, dengan ini beliau telah merealisasikan kata-kata dan janjinya bahawa semua orang boleh 'terbang' dengan penerbangan tambang murah dan mampu dimiliki oleh semua orang.






2 - Seorang usahawan yang kreatif








Beliau merupakan salah seorang tokoh usahawan yang kreatif. Orang kreatif adalah orang yang memiliki daya cipta yang unik sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Beliau telah menggunakan idea dengan baik sekali apabila berjaya melihat masalah dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat penerbangan dengan mencipta peluang yang berjaya muncul dan menakluki dunia. Selain itu, beliau juga telah berjaya membuat transformasi ke atas syarikat penerbangan dengan menawarkan penerbangan tambang murah yang mana semua orang mampu untuk 'terbang'. Idea kreatif yang mampu diterjemahkan ke dalam dunia keusahawanan ini membolehkan beliau mengukir nama di persada antarabangsa. 




Saya sangat meminati usahawan ini kerana beliau berjaya berfikir di luar kotak fikiran yang mana ingin merealisasikan sebuah syarikat penerbangan tambang murah dan sentiasa berfikir tentang kebajikan orang ramai. Selain itu, beliau juga berjaya memperoleh idea dalam memajukan semula syarikat penerbangan yang sudah gagal di mana tidak ada keuntungan lagi. Melalui usaha kreatif beliau, syarikat penerbangan ini mula membangun dan maju di peringkat dunia apabila berjaya menerbangkan lebih jutaan penumpang ke seluruh dunia. Lebih menarik lagi, beliau telah membuat kerjasama atau telah membuat sponsor dalam perlawanan bola sepak di Stadium Old Trafford Manchester yang mana telah berjaya mengiklankan AirAsia dan menonjolkan imej AirAsia ke seluruh dunia dan ditonton oleh jutaan penonton.













3 - Seorang usahawan yang menunjukkan komited yang tinggi dalam perniagaan



Untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi, seseorang haruslah komited dan mempunyai semangat yang tinggi dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Komited ialah perasaan bertanggungjawab atau mempunyai kesedaran yang tinggi dalam pekerjaan yang dilakukan. Dalam hal ini, Tan Sri Dato' Tony Fernandes memiliki komited yang sangat tinggi dalam memajukan syarikat penerbangan AirASia. Hal ini boleh dilihat apabila beliau sentiasa berada bersama-sama apabila ada aktiviti atau perbincangan tentang AirAsia. Beliau selalu mengenakan imej sesuai dengan trademark atau imej syarikat AirAsia iaitu warna putih dan merah. Selalunya, beliau akan memakai baju berwarna putih dan memakai topi AirAsia berwarna merah. Hal ini telah menggambarkan bahawa semangat dan komited beliau dalam memajukan AirAsia sangat tinggi dan harus dijadikan contoh yang baik kepada usahawan baru.










Seterusnya, kehadiran beliau dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan AirAsia menunjukkan bahawa beliau seorang yang tidak bersikap lepas tangan terhadap pekerja-pekerjanya. Malah, beliau sendiri turun padang untuk memantau segala aktiviti yang berkaitan 

No comments:

Post a Comment