Friday 31 October 2014

Mengapa saya memilih Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai tokoh usahawan berjaya...




1- Usahawan yang cintakan kebajikan


Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang usahawan yang sangat cintakan kebajikan apabila telah banyak menubuhkan tempat-tempat atau bangunan yang memberi manfaat kepada masyarakat. Sebagai contoh, Yayasan Al-Bukhary ditubuhkan untuk golongan miskin khususnya dalam bidang pendidikan. Hal ini telah membuktikan beliau sangat prihatin terhadap keadaan masyarakat sekeliling dengan memberi kebaikan kepada mereka. 


Selain itu, beliau juga telah membuat pembinaan masjid Al-Bukhary yang terletak di lokasi strategik berhampiran Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Hal ini telah memudahkan orang ramai untuk solat dan tidak perlu risau untuk mencari mana-mana masjid yang berdekatan untuk solat. Beliau juga banyak terlibat dalam memberikan sumbangan kepada pihak yang memerlukan. 





2- Usahawan yang melakukan pelbagai jenis perniagaan








Beliau seorang usahawan yang melakukan pelbagai jenis perniagaan yang menyebabkan nama beliau meningkat naik dan menjadi salah seorang usahawan terkaya di Malaysia. Beliau melibatkan diri dalam bidang hartanah, pengangkutan, perniagaan pakaian, pengeluaran beras dan banyak lagi. Kejayaan beliau terserlah apabila berjaya dalam setiap bidang perniagaan yang diceburinya. 


Selain itu, beliau tidak hanya menumpukan kepada sesuatu perniagaan sahaja malah berusaha mengembangkan perniagaannya dengan mempelbagaikan perniagaannya dalam semua bidang. Ternyata, perniagaan yang diceburi oleh beliau telah memberi banyak manfaat kepada masyarakat sekeliling apabila beliau berjaya menyumbangkan sesuatu yang bernilai kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment