Sunday 12 October 2014

Intro About Me....





         
         
            Assalamualaikum dan salam satu Malaysia semua....!!! Okay, let's intoduce.. Nama saya Rosmazila Binti Malik dan merupakan pelajar semester tiga pada tahun ini di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah. Saya mengambil jurusan pentadbiran perniagaan dengan kepujian yang mana bahasa profesionalnya Bachelor of Business Administration..hehe. Sebelum itu, maafkan diri ini sebab ini merupakan kali pertama saya menulis blog dan masih memerlukan tunjuk ajar dari anda-anda sekalian. Sebarang tunjuk ajar dan teguran akan saya terima dengan hati terbuka. In Shaa Allah..Ok..saya menulis blog ini kerana salah satu tugasan yang memerlukan saya mengkaji dan menganalisa tokoh-tokoh usahawan yang berjaya yang mana akan saya ceritakan dalam blog ini nanti. Sekarang, saya akan story pasal UUM. Seronok bak hang dok sini !! hehe.. saya asal Kelantan, so jauh la tapi tak la jauh sangat kan, dalam 5 6 jam sampai la kat Sintok Kedah ni. First datang UUM masa sem satu sedih jugak al maklum la tak pernah berpisah dengan family. Tapi lama-lama ok la sebab dah ramai member,dah boleh enjoy2..huhu.. UUM ni cantik tau, pada pandangan saya la. Satu lagi UUM ni besar kawasannya, boleh sesat dibuatnya. UUM tak la sama macam u yang ada kat KL tu yang betul-betul dalam kawasan bandar, UUM ni kawasan luar bandar sikit, lebih kurang macam kat kampung saya la. Tapi saya bersyukur sangat sebab UUM bagi semua kemudahan dan yang paling saya suka kitaorang tak payah stay kat umah sewa sebab penginapan semua disediakan pihak UUM. Thanks UUM....!!! Hehe.. Akhir sekali saya harap blog ini dapat menjadi medan penulisan yang baik untuk saya terutama sekali dalam bidang keusahawanan. SEKIAN......BYE!!!




PEMANDANGAN UUM,SINTOK KEDAH




p/s : maaf kalau bahasa lintang pukang...:)


No comments:

Post a Comment