Wednesday 15 October 2014

Profil dan latar belakang Tan Sri Dato' Tony Fernandes...






                                Tan Sri Dato' Tony Fernandes

                   
             

              BIODATA

               
             Nama : Tan Sri Dato' Tony Fernandes

            Umur : 47 Tahun

            Asal : Kuala Lumpur, Malaysia

            Jawatan : Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah AirAsia Berhad dan Pengasas                              
                             Tune Group Sdn. Bhd / Pengerusi Q.P.R. Holdings Ltd.

           Pendidikan : Epsom College (1977-83), London School of Economics (1987)




Syarikat ini ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglomerat kerajaan Malaysia. Disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi ia dijual kepada Tune Air yang dipengerusikan oleh Tony Fernandes dengan RM 1 sahaja. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep tambang murah telah membawa kepada perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. AirAsia juga berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau. AirAsia ialah syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia. 



Pada tahun 2003, AirAsia menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sebagai hab mereka kedua kerana kedudukannya yang dekat dengan Singapura dan melancarkan penerbangan ke Thailand. Kemudian Thai AirAsia ditubuhkan bagi operasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang, Bangkok Thailand. Di Indonesia, AirAsia membeli Awair untuk sektor Indonesia, dan sekarang dikenali sebagai Indonesia AirAsia. 



Pada 22 Julai 2005 AirAsia mengumumkan pakatan penajaan dengan kelab bola sepak Manchester United yang menyaksikan iklan AirAsia muncul di Stadium Old Trafford di kota Manchester yang membolehkan pendedahan jenamanya kepada berjuta-juta penonton televisyen di seluruh dunia. Terminal penerbangan tambang rendah LCCT yang dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 23 Mac 2006, dijadikan pusat operasi baru bagi AirAsia. AirAsia dijangka membawa 9 juta penumpang pada tahun 2006.




Pada 27 Mac 2006, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa AirAsia mengambil alih 96 laluan domestik sampingan untuk disertakan dengan 19 laluan domestik utamanya sebagai sebahagian program rasionalisasi laluan Malaysia Airlines yang menyaksikan sebahagian besar penerbangan domestiknya dialihkan kepada AirAsia sejak 1 Ogos 2006. 



No comments:

Post a Comment