Thursday 30 October 2014

Profil dan latar belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary...





                                   Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
  

       




Biodata


Nama sebanar beliau ialah Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary. Beliau dilahirkan pada tahun 1952 di Alor Star, Kedah. Beliau juga merupakan pengasas Yayasan Al-Bukhary dan orang ke lapan terkaya di Malaysia. Beliau menguasai industri di Malaysia seperti perniagaan yang pelbagai termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta kejuruteraan. Jumlah kekayaan beliau ialah sebanyak $ 2.75 billion. 



Syed Mokhtar al-Bukhary merupakan anak ketiga dari tujuh beradik dan dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas menengah rendah  keturunan Arab Hamdhrami. Bapanya adalah seorang pedagang yang merantau ke Asia Tengah dan Thailand pada usia mudanya sebelum menetap di Kedah semasa tahun 1940-an. Apabila Syed Mokhtar berusia sembilan tahun, beliau dihantar ke Johor Bahru untuk tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di mana beliau belajar sehingga Tingkatan 2. Beliau kemudian kembali ke Kedah untuk menyelesaikan pendidikannya sehingga tingkatan lima di Sekolah Saint Michael , dan beliau tidak pernah pergi ke universiti. Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri pada usia mudanya. 



Oleh sebab latar belakang keluarga yang sederhana, Syed Mokhtar al Bukhary terpaksa melangkah ke dunia pekerjaan dalam awal kehidupan beliau, walaupun sedang mengikuti pengajian rendah dan menengah. Beliau membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasaran dan juga menjual roti canai. Pengetahuan angka beliau digunakan untuk membantu bapanya dalam melakukan pembukuan setiap hari. 


Selepas tamat sekolah, beliau membantu bapanya dalam perniagaan penternakan lembu tetapi perniagaan tersebut mengalami kegagalan apabila lembu ternakan bapanya dijangkiti penyakit kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau kemudian berpindah ke pembungkusan daging dan mula menjual borong kepada mereka.











No comments:

Post a Comment