Thursday 30 October 2014

Mengapa saya memilih Encik Irfan Khairi sebagai tokoh usahawan berjaya...



1- Usahawan yang berjaya di usia muda


Umum mengetahui bahawa Encik Irfan Khairi merupakan seorang usahawan yang berjaya pada usia yang sangat muda iaitu pada usia mencecah 25 tahun. Hal ini  telah membuka mata saya bahawa kejayaan tidak mengira usia dan faktor lain. Sebaliknya, usaha dan semangat yang tinggi membolehkan seseorang berjaya dalam bidang yang diceburi. Encik Irfan Khairi sangat bijak menggunakan peluang yang ada dalam bidang perniagaan apabila melihat pasaran yang mempunyai permintaan tinggi di India berkenaan dengan produk peta Malaysia. 









Irfan Khairi juga merupakan salah seorang usahawan melayu yang berjaya pada usia muda. Kecemerlangan beliau jelas terpancar apabila sangat popular dan dikenali ramai dalam usia yang cukup muda di mana berjaya menjadi personaliti televisyen dan pakar dalam memberi ceramah berkaitan dengan perniagaan internet. Lebih menarik lagi, beliau juga telah memberi satu ceramah berkaitan dengan perniagaan di tempat pengajian saya iaitu di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah. Hal ini telah memberi kesedaran kepada saya untuk terus bersemangat dalam membuat sesuatu perkara dan telah mengubah persepsi saya mengenai dunia perniagaan yang mana semua orang boleh melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ini. Selain itu, beliau juga telah berjaya memperolehi pendapatan mencecah RM1 juta pada usia 25 tahun ini. Kegagalan beliau pada kali pertama telah menyedarkan beliau untuk tidak terus mengalah dan berputus asa. 







2- Usahawan yang sangat merendah diri


Encik Irfan Khairi seorang yang sangat merendah diri dan tidak berbangga dengan kejayaan yang dimilikinya. Malah beliau juga tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan tip untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau turut menceritakan pengalaman dan kisah hidupnya sebelum menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam beberapa buah bukunya yang terkenal. Beliau juga sangat senang untuk ditemu ramah oleh para wartawan yang mana hendak menemubual beliau. Ternyata, beliau sangat peramah dan disukai ramai kerana sifat rendah diri yang ada pada dirinya. 












Karakter yang ada pada dirinya membuatkan saya berminat untuk lebih mengetahui dengan lebih mendalam lagi dalam bidang bisnes ini. Beliau sangat berjaya apabila berjaya mencipta satu laman web proses pembelajaran yang mana digunakan sehingga kini oleh pelajar di UK. Kejayaan beliau boleh dianggap sebagai satu platform untuk terus maju lagi dalam bidang perniagaan internet. 






3- Seorang usahawan yang bijak



Irfan Khairi merupakan salah seorang usahawan yang bijak kerana berjaya mendapat pendidikan dari Universiti Stamfordshire dalam bidang Multimedia Design. Beliau berjaya mengaplikasikan ilmu yang diperoleh untuk menjadikannya berjaya sebagai usahawan dalam perniagaan internet. Bukan itu sahaja, beliau telah menjadikan perniagaan internet sebagai satu kerjaya sepenuh masa dan hanya bekerja di rumah dengan komputer riba dan akses internet. Hal ini membuktikan bahawa kerja di rumah juga mampu untuk berjaya jika pandai mengambil peluang dan semangat yang tinggi dalam diri. 











Beliau juga bijak dalam mengambil peluang dalam bidang perniagaan apabila berjaya mendapat pelanggan dari India yang mana pada masa itu ramai yang memerlukan produk peta Malaysia. Irfan Khairi telah berjaya dalam merebut pasaran yang ada yang membolehkan beliau bangkit selepas kegagalan kali pertama. Perkara ini menjadi motivasi kepada saya untuk terus maju ke hadapan walaupun menempuh banyak kali kegagalan kerana kegagalan itu merupakan satu proses pembelajaran. 

No comments:

Post a Comment